Apa itu Hackathon?

Hackathon adalah satu program di mana para peserta perlu bekerja secara berkumpulan dalam masa yang terhad untuk mencipta penyelesaian yang efektif dengan menggunakan teknologi. Lazimnya, para peserta dikehendaki untuk menghasilkan prototaip berdasarkan penyelesaian mereka di akhir hackathon.

Hackathon adalah program yang akan mencabar para peserta untuk meningkatkan kemahiran pemikiran kritikal dan kemahiran penyelesaian masalah. Selain itu, hackathon membuka peluang buat para peserta menerokai teknologi terkini di samping bekerjasama sebagai satu pasukan.

Objektif

Misi kami adalah untuk mendidik peserta berkenaan teknologi internet dan digital. Kami percaya program ini dapat menyediakan platform yang baik buat para pelajar untuk belajar berkaitan Industri 4.0, Internet of Things (IoT), kemahiran komunikasi, kemahiran teknikal, dan kemahiran analitikal.

Syarat Penyertaan

  • Pelajar sekolah menengah di Malaysia berusia 15 hingga 18 tahun sahaja.

  • Setiap pasukan harus mempunyai 2 hingga 4 pelajar.

  • Setiap pasukan perlu mempunyai seorang penasihat (ibu bapa/guru).

  • Setiap sekolah dibenarkan menghantar bilangan pasukan yang tidak terhad.

  • Setiap pasukan hanya boleh menghantar SATU (1) idea sahaja

Tema Pertandingan

Fasa Pertandingan

Smart School IoT Hackathon dianjurkan bagi mengajar dan membimbing para pelajar untuk menghasilkan penyelasaian IoT mereka sendiri. Oleh itu, pertandingan ini mempunyai 4 fasa seperti berikut:

*Pasukan terpilih akan menerima

T-shirt

Kit IoT

Markah PAJSK: 17 pts

Pingat

e-Sijil

Latihan 

Testimoni

“Secara keseluruhan, program ini adalah program yang cukup bagus. Saya sangat berpuas hati. Saya berharap agar dapat melibatkan diri dalam program ini lagi di masa hadapan.”

Musang King Team – SMK Batu Lintang, Sarawak

“Saya ingin mencadangkan buat semua pihak untuk memberi galakan buat para pelajar. Tunjukkan kepada mereka bahawa IoT adalah menyeronokkan dan mereka dapat mengenali orang baharu. Program ini dapat menghubungkan para pelajar antara satu sama lain. Pelajar sering menganggap bahawa ‘programming’ adalah sesuatu yang sukar. Namun begitu, ia menjadi tidak sukar setelah didalami dan dipelajari. Pelajar juga boleh menjadi pereka cipta yang Berjaya. Terima kasih buat pihak penganjur kerana telah menggalakkan kami untuk menjadi lebih yakin dan percaya diri.”

3Orkid Team – SMK St. Augustine Betong, Sarawak

“Saya sangat menghargai pihak penganjur kerana mengadakan bootcamp berkaitan IPB dan juga keusahawanan. Sebagai seorang guru RBT, perniagaan dan inovasi adalah sangat penting. Saya menghargai input yang diberikan oleh program ini buat saya dan pelajar saya.”

Guru Penasihat Eco Warrior Team – SMK Simpang Rengam Kluang, Johor

Disokong Oleh

Notis Penting

Keputusan pihak penganjur berkaitan mana-mana aspek pertandingan adalah muktamad dan tiada pertimbangan lanjut akan dibuat mengenainya.

Pihak penganjur berhak untuk menamatkan atau menggantung pertandingan pada bila-bila masa mengikut budi bicara pihak penganjur secara mutlak. Penamatan atau penggantungan tidak akan mengikut sebarang tuntutan oleh pemohon atau peserta. Pihak pengajur berhak untuk tidak memberi hadiah sekiranya penyertaan pasukan tidak memadai.

[Float-Menu id="2"]