Soalan Lazim
Adakah anda mempunyai soalan berkaitan Fasa 1: Penyerahan Idea
1. Bolehkan pelajar Tingkatan 2 menyertai pertandingan ini?
Boleh. Mereka hanya dibenarkan menyertai pertandingan sekiranya majoriti (60%) daripada pasukan tersebut mempunyai pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6. Contohnya, satu pasukan boleh mempunyai satu atau 2 ahli dari Tingkatan 2 dan selebihnya adalah pelajar-pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6.
2. Apakah perkakasan (hardware) yang disediakan dalam pertandingan ini?
Kit IPB disediakan untuk pasukan yang berjaya mara ke Fasa 2 pertandingan Smart School IoT Hackathon. Bagi Smart Uni IoT Hackathon, para peserta dibenarkan untuk menggunakan perkakasan sendiri.
3. Bolehkah kami menggunakan perkakasan yang lain untuk projek kami?
Bagi Smart School IoT Hackathon, setiap pasukan harus menggunakan kit IPB yang diberikan oleh pihak penganjur dalam projek mereka. Peserta boleh menggunakan perkakasan yang lain bersama-sama dengan komponen atau peranti lain. Walaubagaimanapun, kos perkakasan lain tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur. Untuk Smart Uni IoT Hackathon, peserta dibenarkan untuk menggunakan komponen dan peranti sendiri. Sebarang kos komponen, peranti, dan perkakasan tidak akan ditanggung oleh pihak penganjur.
4. Berpakah bilangan pasukan yang boleh dihantar oleh satu sekolah?
Satu sekolah boleh menghantar bilangan pasukan yang tidak terhad.
5. Bolehkah satu pasukan menghantar lebih daripada satu idea?
Tidak. Satu pasukan hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) idea sahaja.
6. Apa yang perlu kami hantar dalam Fasa 1 (Penyerahan Idea)?
Dalam Fasa 1 (Penyerahan Idea), setiap pasukan perlu menghantar penerangan ringkas tentang idea, team pilihan, dan maklumat penasihat pasukan dan setiap ahli pasukan.
7. Bolehkan kamu membuat pertukaran ahli semasa pertandingan?
Tidak. Selepas Fasa 1, semua pasukan tidak dibenarkan untuk mengubah ahli pasukan. Dalam situasi kecemasan yang tidak dapat dielakkan, ketua atau penasihat pasukan perlu menghantar emel rasmi kepada pihak penganjur. Jika tidak berbuat demikian, pasukan tersebut akan disingkirkan daripada menyertai pertandingan.
8. Adakah kami perlu menghantar maklumat terperinci cadangan (proposal) idea kami?
Setiap pasukan hanya perlu menghantar maklumat terperinci cadangan idea mereka setelah mereka berjaya melayakkan diri ke Fasa 2 pertandingan.
9. Bagaimana cara untuk mengetahui bahawa pasukan kamu terpilih ke peringkat seterusnya atau tidak?
Pihak penganjur pertandingan akan menghantar emel rasmi kepada semua pasukan yang berjaya mara ke peringkat seterusnya. Pengumuman rasmi juga akan dibuat di laman web rasmi program dan juga di semua platform media sosial
10. Siapakah yang boleh menjadi penasihat pasukan?
Guru – Pelatih – Ibu bapa. Penasihat dikehendaki untuk membimbing pasukan semasa pertandingan.
Adakah pasukan anda terpilih untuk mara ke Fasa 2? Jika ya, anda mungkin mempunyai soalan seperti berikut.
1. Bilakah kami boleh mendapatkan perkakasan (hardware)?
Perkakasan akan dihantar menggunakan perkhidmatan pos ke rumah atau sekolah berdasarkan alamat yang telah diberikan semasa Fasa 1.
2. Bilakah t-shirt akan diberikan?
Kami akan memberikan t-shirt kepada pasukan yang berjaya mara ke Fasa 4.
3. Adakan bootcamp dijalankan secara dalam talian?
Ya. Bootcamp akan dijalankan secara dalam talian pada hujung minngu (Sabtu & Ahad).
4. Berapa lamakan bootcamp dijalankan?
Bootcamp akan dijalankan selama 2 hari pada hari sabtu dan ahad.
5. Apa yang perlu kami sediakan untuk menghadiri bootcamp?
Setiap pasukan hanya perlu menyediakan computer atau computer riba dengan sambungan internet yang baik dan audio yang bagus.
6. Adakah penasihat pasukan perlu menghadiri bootcamp?
Penasihat tidak diwajibkan untuk menghadiri bootcamp. Namun begitu, penasihat pasukan sangat digalakkan untuk menyertai bootcamp kerana ia akan dapat memudahkan penasihat untuk membimbing pasukan.
7. Adakah kehadiran peserta/pelajar diwajibkan semasa bootcamp?
Ya. Para peserta diwajibkan untuk menyertai bootcamp yang dijalankan selama 2 hari pada hari sabtu dan ahad?
8. Adakah penasihat akan diberikan sesi latihan yang berbeza?
Pihak penganjur mungkin akan mengadakan sesi latihan buat penasihat pasukan. Sekiranya ya, pihak penganjur akan memaklumkan kepada para penasihat seminggu sebelum latihan dijalankan.
Adakah pasukan anda terpilih ke peringkat akhir pertandingan? Sekiranya ya, tahniah kami ucapkan! Sekiranya anda mempunyai soalan, sila periksa jawapan di bawah.
1. Bolehkah guru/pensyarah/ibu bapa membantu para pelajar?
Guru/pensyarah/ibu bapa dibenarkan untuk membimbing para pelajar. Walaubagaimanapun, mereka tidak dibenarkan untuk membantu pelajar melakukan demo atau pembentangan.
2. Bagaimanakah cara untuk membuat kertas kerja cadangan (proposal)?
Semasa bootcamp, pelajar akan diberikan taklimat berkenaan kertas kerja cadangan. Mereka akan diberikan garis panduan yang dapat membantu mereka untuk membuat kertas kerja cadangan.
3. Adakah kamu perlu menghantar slaid pembentangan?
Ya. Pasukan yang terpilih ke peringkat akhir pertandingan perlu menghantar slaid pembentangan sebelum hari pembentangan. Pihak penganjur akan menyediakan pautan (link) penyerahan.
4. Bolehkah kamu dibenarkan untuk memancarkan video pada skrin semasa pembentangan?
Ya.
5. Adakah kami perlu menghasilkan prototaip dan demo untuk penyelesaian kami?
Semua pasukan digalakkan untuk menghasilkan demo dan prototaip untuk penyelesaian mereka. Markah bonus akan diberikan kepada pasukan yang menghasilkan demo dan prototaip.
6. Berapakah juri bagi pertandingan ini?
Terdapat sekitar lima hingga sepuluh orang juri dalam pertandingan ini.
Adakah anda merupakan seorang guru/pensyarah/ibu bapa/ penjaga? Anda mungkin mempunyai pertanyaan seperti berikut:
1. Semasa pendaftaran pertandinga, saya telah mendaftar sebagai seorang penasihat. Namun begitu, saya tidak dapat menghadirkan diri sepanjang pertandingan. Bolehkah saya menghantar penasihat lain sebagai ganti?
Boleh. Anda dibenarkan untuk menghantar penasihat lain sebagai ganti. Sila maklumkan kepada pihak penganjur lebih awal dengan memberikan maklumat berkenaan penasihat gantian sebagai langkah keselamatan.
2. Adakah penasihat akan mendapat t-shirt?
Pihak penganjur tidak menyediakan t-shirt buat penasihat pasukan.
3. Adakah penasihat perlu ada bersama-sama dengan pelajar?
Ya, penasihat pasukan perlu menemani para pelajar semasa pertandingan. Walaubagaimanapun, penasihat tidak dibenarkan untuk ada bersama-sama dengan pelajar semasa sesi pembentangan.
4. Adakah setiap pasukan akan mendapat jemputan untuk menghadiri hari taklimat?
Ya, setiap pasukan akan mendapat jemputan untuk menghadiri hari taklimat.
5. Apakah yang perlu dilakukan oleh penasihat pasukan sekiranya kami hendak menarik diri dari menyertai pertandingan?
Sekiranya pasukan anda telah membuat keputusan untuk menarik diri dari menyertai pertandingan, sekolah anda tidak akan dijemput untuk menyertai pertandingan pada masa hadapan. Selain itu, pasukan anda juga dikehendaki untuk membayar jumlah perbelanjaan yang telah dibayar untuk pasukan anda (pihak penganjur akan memaklumkan jumlah bayaran yang perlu dibuat). Pasukan anda juga perlu menghantar surat rasmi yang menyatakan sebab pasukan anda menarik diri dari menyertai pertandingan.
6. Adakah penasihat pasukan akan diberikan sijil?
Ya, penasihat pasukan akan diberikan sijil.